Tuesday, January 27, 2015

Kemaafan itu Dendam Yang Terindah...


Isu video Zamani (Slam) sedang malu-malu bernyanyi ketika digari yg menjadi viral, telah membuat ramai yg berasa kurang senang hati.

Rata2 ramai yg menyalahkan pegawai polis itu yg bertindak  merakamkan video sehingga ianya telah tersebar meluas.

Walopon Zamani ditahan akibat penyalahan penggunaan dadah, tetapi ramai peminat2 beliau mengutuk tindakan pegawai itu kerana telah mengaibkan dan menjatuhkan maruah penyanyi kumpulan Slam ketika dalam tahanan.

Tetapi aper yg lebih menyentap, Zamani, yg berhak utk mengambil tindakan undang2 keatas pegawai itu, memilih utk memaafkan beliau dan tidak mahu kes itu diperbesar2kan!

"Dia sendiri yang minta agar isu ini tidak dipanjangkan dan sudah memaafkan individu itu. Saya dan keluarga akur dengan permintaan itu. Zamani tidak akan mengambil sebarang tindakan." - Zulfazli Ibrahim (Abang Zamani)

Read more >> http://www.sinarharian.com.my/hiburan/zamani-maafkan-penyebar-rakaman-1.353426

Mungkin abg polis tu tak berniat hendak menjatuhkan maruah zamani...

Mungkin abg polis tu terover excited dpt bertemu Zamani yg suatu keitka dulu pernah bergelar superstar...

Mungkin juga si abg polis tu adalah salah seorang peminat slam time dolu-dolu...

So mungkin Zamani tidak mahu menghampakan permintaan peminat beliau, so dia pon dendangkan lah satu lagu utk abg polis tu, walaupon blom sempat nak bukak gari lagi.

Well, segala kemungkinan aku tu hanyalah utk bersangka baik ajer..

Lagipon ramai yg kenal Zamani tu kater, dia nie tak sombong. Dia tu baik orang nyer.

Kini Zamani telah dibebaskan dgn ikat jamin.

Semoga kisah ini berakhir dgn baik dan telah memberi pengajaran utk kiter sumer....

ps: Maafkan lah mereka yg pernah menyakiti hati kiter, kerana kemaafan itu adalah dendam yg terindah...

Gerimis Mengundang (SLAM)


Saturday, January 24, 2015

Satu Cerita Yang Buat Aku TERnangis...


Sementara dok nunggu maghrib kat mesjid petang tadi, aku check ler account google+. (facebook dah tak main lagi dahh).

masa scroll ternampak ler satu artikel nie kat news feed dari kak hasmawati hassin.

artikel yg dicatat tu agak panjang lebar. aku nie pulak jenis species yg malas nak baca artikel yg panjang2....

memandangkan ader 15min lagi sblm masok waktu, hati ku ni tetiba tergerak plak nak click dan baca,

so aku bace ler aper yg diceritakan. but, part ending tu, tetiba dada aku terase sebak pulak. airmata dah mula nak meleleh.... T.T

aku tengok kiri kanan, takot ader org nampak aku nangis. malu rasa nyer...

walopon artikel nyer agak panjang sikit, tapi aku tetap nak kongsi dgn korang...supaya korang bole TERMENANGIS jugak! :P


Assalamualaikum sahabat ku
"DAH TERTULIS REZEKI AWAK"

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap ..

"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..

Saya tanya dia, "eh apesal?"

Dia jawab dalam menahan sebak.

"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"

Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.

"Dah tertulis rezeki awak,"

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.


The End.


ps: korang dah start nangis blom??

Padamu Ku Bersujud (Afgan)

Monday, January 19, 2015

Apa Khabar - Juara Lagu #AJL29



Walaupon ramai yg menyangkal, tetapi hakikat nyer rezki tahun ini menjadi hak milik Joe Flizzow & Sona One dgn lagu mereka Apa Khabar.

Tahniah diucapkan kerana lagu mereka telah menjadi Juara pada #AJL Ke-29 kali ini.

Juara - Apa Khabar (Joe Flizzow & Sona One)


Tempat kedua - Masih Aku Cinta (Shila Amzah)


Tempat ketiga - Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)


Vokal Terbaik - Dayang Nurfaizah


Sebagaimana yg aku telah jangkakan, Dayang Nurfaizah menjadi pilihan utk memenangi vokal terbaik. Beliau adalah diantara penyanyi yg mempunyai vokal yg paling power di nusantara ini!

Tahniah Dayang!

...dan of course, persembahan yg paling memukau pada malam itu dan paling layak utk memenangi persembahan terbaik adalah Mojo Caliph Buskers!

Persembahan Terbaik - Mojo (Caliph Buskers)


A standing ovation performance by Caliph Buskers

Saper tu Caliph Buskers?? Click fanpage >> sini



Walaupon cacat penglihatan, tapi bakat mereka tak buta. My support goes all out to Caliph Buskers!


ps: Tak sabar nak tunggu #AJL30 tahun depan :)

Apa Khabar (Joe Flizzow & SonaOne)

Sunday, January 18, 2015

Finalis Anugerah Juara Lagu Ke 29


Malam ini adalah malam penentuan lagu manakah yg bakal menjadi pilihan untuk dinobatkan sebagai juara utk AJL29 kali ini.

Berikut adalah 12 lagu terhebat sepanjang tahun 2014 yg akan dipertandingkan didalam Final Anugerah Juara Lagu ke-29.

1) Separuh Nyawa - Alyah

Lagu: Rizal Tiga & Adil AF  / Lirik: Alyah

2) Lelaki - Yuna

Lirik: Yuna / Lagu: Yuna

3) Gadis Jolobu - Hattan & Waris

Lagu: W.A.R.I.S & Hattan / Lirik: W.A.R.I.S & Hattan

4) Gilalah - Stacy

Lagu: Stacy Angie / Lagu: Stacy Angie

5) Masih Aku Cinta - Shila Amzah

Lagu: Shila Amzah / Lirik: Shila Amzah

6) Romancinta - Mojo

Lagu: Edry Abdul Halim / Lirik: Edry Abdul Halim

7) Apa Khabar - Joe Flizzow & Sona One

Lagu: SonaOne / Lirik: Joe Flizzow

8) Percayalah - Indah Ruhaila

Lagu: Aiman / Lirik: Mohd Atlas

9) Malaikat - Hazama

Lagu: Omar K & Mike Chan /Lirik: Omar K & Hazama

10) Matahari - Hafiz

Lagu: Ajai / Lirik: Ajai

11) Rentak Laguku - Bunkface & Amy Search

Lagu: Sam Bunkface / Lirik: Sam Bunkface

12) Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah

Lagu: Tam Spider / Lirik: Iman Imran

Jangan lupa saksikan #AJL29 secara langsung pada 8.30 mlm di TV3!

http://www.anugerahjuaralagu.com/ajl29/

ps: Dayang Nurfaizah adalah penyanyi yg paling aku kagumi...Vocal dia memang power!


Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)


Saturday, January 17, 2015

Kes peluk2 artis K-Pop!


Sorang kawan cina aku tanyer, apasal kes pompan melayu pakai tudung, peluk2 dgn artist K-Pop atas pentas jadi kecoh dan disensasikan di media2..??

"They only hug hug what? So what's the problem?"

Aku terdiam kejap.

Pastu aku ckp, tak salah pe pompan peluk pompan ... tak batal air sembahyang

Kawan cina aku ckp, artis K-Pop tu lelaki lah bukan pompan!

Aku tgk betol2 gambar dlm suratkabar tu.

Lelaki-lelaki yg menyerupai pompan

Eh! siol laaa...baru aku perasan! Aku ingat pompan!

 Lelaki Korea tu sumer muka mcm pompan lah siol !!!

HAHAHAHAHA!! :D


K-Pop artistes aim to erode Muslims’ faith: KL religious body
TodayOnline, 17 January 2015.

KUALA LUMPUR — Malaysia’s federal Islamic authority yesterday warned Muslims to beware of Korean artistes, saying they have an ulterior agenda and that their brand of entertainment was a process to erode the religion and identity of the faithful.

The Malaysian Islamic Religious Development Department (JAKIM) said there were “tricks and agenda” behind Korean pop culture that would go unnoticed among those who possess “shallow thinking”.

Read more  >> http://www.todayonline.com/world/asia/k-pop-artistes-aim-erode-muslims-faith-kl-religious-body



ps: Apa pulak reaksi korang jika lelaki melayu pula yg memeluk gadis2 K-Pop Korea?? heee...


I Got A Boy (Girls' Generation)


Friday, January 16, 2015

Tips nak 'mencuri' hati lelaki


Huhu...

Selalu nyer aku share tips macam mana nak pikat pompan kan??

Eheheh...hari nie aku share tips mcm nak pikat lelaki plak... :P :P :P

EH! tapi tips nie khas utk kaum hawa jer tau! Yg lelaki jgn nak sibok plak tanyer2 mcm mana nak pikat lelaki lain!

First skali, aku bukan gay dan aku tak minat jantan gay. Dan kedua, blog aku nie bukan tempat korang blajar benda2 yg songsang hokey!!

You all ader paham??!

Ok, aku dapat tips nie pon dari kawan aku si Leman (bukan nama sebenar). Dia kata kat aku, pompan2 skrg nie betol mcm kayu a.k.a tunggul... (dia kater, bukan aku yg kater.)

Asik kiter lelaki jer nak jaga hati pompan. Tapi pompan2 nie ader pandai jaga hati kiter tak??

Biler kiter mula berubah fikiran, atau 'usha' awek2 lain, dia mula lah setep tuduh kiter nie curang lah, lelaki gatal, buaya darat lah, mata keranjang lah...pergghh kalo aku nak list down sampai besok pon tak abes jahh...

Tapi, ader pernah tak orang2 pompan nie cermin diri dorang, attitude dorang, cara dorang jaga hati lelaki??

I bet tak ramai buat gitu. Org pompan nie ingat sumer bende automatic. Bawak keter pon nak gear automatic jer.

Kasi gear manual, gerenti keter tak bergerak pon! LOL!!

Anw, utk kaum hawa, aper yg anda TERbaca kat sini cuma sindir gurauan jer. Tak sumer pompan camtu.

Orang pompan harus baca nie...

Hmmm...sebagai sorang lelaki yg sejati, lagi macho, romantik dan bersopan-santun, aku rasa lerr ader betol jugak aper yg tertulis kat atas tuu...

BUT...

....kalo korang dah berusaha sedaya upaya setengah mati and lelaki tu tak layan jugak, well...korang just forget it lah.

Memang korang dah takde jodoh....huhu


ps: Lelaki nie simple. But there are times lelaki nie lebih complicated dari perempuan.


I Hate Myself For Loving You (Joan Jett & The Blackhearts)


Sunday, January 11, 2015

The F Language!



Have you heard the idiom 'Walls have ears?"

Hahaha...meh aku share sikit ofis gossip kat tempat kejer aku nie.

Once upon a time, ade sorang ofis mate aku nie tak happy dgr supervisor dia.

Supervisor dia nie jenis cerewet tahu nak memerintah jer. Buat kejer tak pandai, tapi setep nak bossy! So ofis mate aku nie bingit ah.

Satu hari tu, dia pon mengadu nasib kat aku. Dia pon ceritakan lah dgn panjang lebar pasal perangai supervisor dia tu yg bnyk rewel....bok bek bok bek...kelentang kelentung...bla..bla.blaaa...

Ntah mcm mana ntah, tiba2 cerita dia dah TERsampai kat telinga supervisor yg dia kutuk2 tuu....uissh!

Ape lagi lah, perang dunia ke-3 kejap ler kat opis aku tu...huhu

Dia kutuk dia, dia cakap dia gini, dia ckp dia gitu...ntah laa mcm2 story lerr..

Yg menjadi tanda tanyer skrg, saper pulak dah TERdengar dia complain pasal supervisor nie??

Selidik punyer selidik, rupanyer ader org dah pasang telinga time kiter bobal tu hari. Hmmm....besar peh kaypoh sak!

So, hari nie, aku nak ajar korang pasal rahsia kegunaan the 'F' language! Hahahaha...

F Language yg aku maksudkan nie bukan bahasa computer laaa...ishhk!

Maybe korang pernah dgr, tapi korang kurang pasti atau kurang fasih menggunakan bahasa ini.

Dulu time kecik2, aku selalu dgr mak aku bobal pakai bahasa nie, pasal dia tak nak kiter paham aper yg dorang tgh bobal kan tuu. Yelah, dulu time kecik bodoh sikit...

Example of the F languange:

kofo rangfang bufu watfat afa perfer tufu? afa kufu tefe ngahfah kofo rekfek hifi dungfung!

Meaning:

korang buat aper tu? aku tengah korek hidung!

HAHAHA! Korang paham kan ape maksud aku :)

Well, the only problem with the F language is that ur brains have to work extra hard rephrasing those words and interpreting the syllables. But, practice makes perfect.

You can try using English, but works best in Malay!

I think we shud all start learning the F language again, supaya orang lain tak bole kaypoh2 dgr aper yg kiter bual kan...haha



See how good she is with the F language!


ps: rahsia org melayu sejak dari zaman makbapak kiter lagi...


Night Fever (Bee Gees)

Sunday, January 4, 2015

Detik Yg Berlalu...2014



Jika diimbas kembali, 2014 telah mencatatkan banyak peristiwa2 yg amat mengejutkan.

Diantaranya, kehilangan pesawat MH370, serangan besar-besaran tentera Israel keatas penduduk Palestine, kebangkitan pelampau ISIS di Syiria dan Iraq, tragedi feri karam di Korea, pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine, ribut taufan Haiyan di Filipina, merebak wabak Ebola, banjir besar melanda pantai timur dan baru2 ini tragedi pesawat AirAsia QZ8501.

Kalo aku nak elaborate lagi, sampai episode 15 pon tak akan abes. Bnyk sangat nak aku cerita...

Well perhaps, 2014 has been a tragic year. All those mishaps and catastrophic events, should have somehow humbled us. It is now or never, we must learn to appreciate every little thing in life.

Tapi pernah kah kiter renungkan,  setiap apa yg berlaku itu mempunyai hikmah dan pengajaran utk kita sama2 mempelajari sesuatu daripadanya...?

Aku yakin, setiap sesuatu kejadian itu, pasti ada hikmah yg tersembunyi.

Tuhan memberi kita mata utk melihat, telinga utk mendengar, hati utk merasa dan akal utk berfikir. Cubalah kita huraikan apa yg ingin disampaikan...

Setiap perkara baik buruk yg berlaku, pasti ader terselit peringatan. Maka jgn kiter terlampau taksub dgn keadaan itu sehingga TERlalai mencari pengertiaan disebalik nyer.

Begitu juga dgn musibah yg berlaku skrg ini, sebenarnya memberi kiter 'nikmat' kesedaran utk  kita jadikan iktibar.

Ingin aku berpesan pada diri ini, kita semua adalah insan yg teramat lemah jika dibandingkan dgn kekuasaan Ilahi.


Kita hanya mampu merancang, tetapi tiada siapa yg dpt melawan ketentuan Tuhan. We plan, but Allah is the best of planners. (Verse 8:30)

On a more personal note, I wouldn't have thought 2014 to be tough on me. All the disappointments, the anxieties, the pains and sorrows, have somehow left me.....falling to pieces.

 But, on the other hand, it has taught me patience, perseverance and made me stronger!

Perhaps this time, I won't be hoping for materialistic wealth nor worldly desires. But what I shall hope for, that God will provide me his guidance and increase my faith, to face the increasing challenges in the coming future.

To all my kind readers, life is a voyage into the unknown. Have faith and be strong.

Akhir kata, semoga aper yg telah berlaku pada diri kiter hari ini akan menjadi pedoman utk hari esok...

Salam Tahun Baru utk semua pembaca2 blog #eskrim20sen.


ps: ...kita mampu merancang, hanya Tuhan menentukan.

AdaMu (Najwa Latif)


Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H



Salam alaik...

Selamat menyambut ketibaan 12 Rabi'ulawal dan Salam Maulidur Rasul 1436H

Sempena kita bersama2 menyambut Hari Maulidur Rasul dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ape kater tahun ini kita cuba menghidupkan kembali sunnah2 Rasullullah dlm amalan2 seharian hidup kita.

Sebenarnya kan, ramai diantara kita nie sumer sememang nyer ader sedikit-sebanyak mengamalkan sunnah2 rasul...cuma kiter tak perasan jer.

So, dibawah ini ader 100 Sunnah Rasul yg telah aku petik, utk dikongsi dgn korang sumer, utk dijadikan sebagai 'Checklist' dlm kehidupan kiter seharian...

Aku dah bahagikan kepada 10 bahagian, dimana setiap 1 bahagian ader terkumpul 10 Sunnah supaya senang kiter hafal dan praktikan. Cuba korang semak balik...

100 sunnah Nabi SAW dalam kehidupan.

Sunnah 1-10

1-  Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2-  Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3-  Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4-  Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-  Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6-  Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7-  Berwuduk Sebelum Mandi
8-  Baca Doa Selepas Wuduk
9-  Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat

Sunnah 11-20

11- Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19- Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam

Sunnah 12-30

21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23- Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28- Sembahyang Istikharah
29- Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat

Sunnah 31-40

31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38- Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal

Sunnah 41-50

41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan

Sunnah 51-60

51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53- Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika

Sunnah 61-70

61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65- Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66- Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68- Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup

Sunnah 71-80

71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum

Sunnah 81-90

81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85- Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90- Bersedakah Jariah

Sunnah 91-100

91- Membina Masjid
92- Telorensi Ketika Berjual-beli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94- Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

Dipetik dari >> http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/24959-100-sunnah-nabi-s-a-w-dalam-kehidupan

Secara bertahap2, maybe kiter buat 10 dulu, pastu 20. Tak dpt buat 100, buat 50 pon jadilah. Jgn pulak tak buat langsung, ye :P

ps: Diatas cuma ader 100 jer. Sebenarnya, sunnah Rasullulah ader lebih dari aper yg tertera
disini.


Ya Rasulallah Salamun Alaik (Dzul Rabull)


Friday, January 2, 2015

Bantuan Mangsa Banjir #PrayForPantaiTimur



Aku amat terharu apabila diberi tahu rangkaian masjid2 di Singapura sedang giat menjalankan Bantuan Kemanusian utk mangsa2 banjir di Malaysia sejak 29 Dec 2014 lalu...

#ProjectPeduli bantuan untuk mangsa banjir


Warga Singapura giat kumpul derma
Berita Harian - Selasa, 30 Dec 2014

RAMAI warga Singapura menunjukkan simpati terhadap mangsa banjir teruk yang melanda Malaysia dengan menghulurkan derma bagi membantu mereka.

Read more >> http://beritaharian.sg/setempat/warga-singapura-giat-kumpul-derma


Selain dari masjid2 setempat, banyak lagi kumpulan2 badan bantu diri dari Singapura yg kini sedang bertungkus-lumus mengumpul barang2 asas dan keperluan untuk diagihkan kepada mangsa2 banjir di Malaysia.

Susu budak, pampers, tuala wanita, lilin, ubat nyamuk & makanan asas, adalah barang2 yg amat diperlukan sekarang.

Sila rujuk >> https://www.facebook.com/herman.sudil/posts/935146839831322

Pengangkutan lori juga amat diperlukan bagi membawa barang2 bantuan utk mangsa2 banjir dari Singapura ke Malaysia. So, sesiapa yg ader network pengangkutan  di Malaysia khususnya, sila lah bantu kami utk membantu mangsa2 banjir di sana,

Sila rujuk >> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=935199203159419&set=a.558667030812640.132899.100000080454850&type=1&pnref=story

Jika ada yg ingin menghulurkan sumbangan dan bantuan, bole hubungi Ustaz Herman Sudil di WhatsApp 91964325 (Spore) atau 012-7870962 (M'sia) for arrangement atau;

Anda juga bole hantarkan sumbangan ikhlas anda ke :-


Singapura
20 Joo Chiat Road, #02-06 (Sebelahan Hjh. Maimunah Restoran)
Tel : 8109 3013

Johor Bahru
28A Jalan Padi Emas 6/1 Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor Bahru, Johor 81200
Tel: 012-787 0962

Waktu:
Isnin - Khamis: 11pg hingga 6ptg
Jumaat: 2.30ptg hingga 6ptg
Sabtu: 11pg hingga 6ptg
Ahad: 1tgh hingga 6ptg

Facebook: https://www.facebook.com/rawatanruqyahsingapura

Semoga berkat bantuan dan usaha gigih mereka ini diberkati Allah SWT. May Allah bring them ease after hardship....Amin.


ps: kiter mungkin dipisahkan oleh tembok politik, tetapi tiada apa yg bole memisahkan kasih dan simpati kiter sesama manusia. #PrayForPantaiTimur


Please Remember Me (Leann Rimes)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...